Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!! [Mesti Baca]
Friday, 26 April 2013
5
comments
Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!! [Mesti Baca]
| Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini
wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan
jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan
tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami
sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun
rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk
kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan
tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain
dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari
suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur
dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan.
Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu.
Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome
sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia
menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada
dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan
barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan
menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,
orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
GAYO Nusantara.
No comments:
Post a Comment